Ema5086’s Blog


Perasaan itu….
Ogos 2, 2010, 2:36 pm
Filed under: tentang aku | Label: ,

Apakah perasaan itu…

sering datang mengganggu kedamaian hati…

sering datang silih berganti…

bimbang…takut…risau….berhati2…

kata orang takut pisang berbuah 2 kali…

ermmmm…susahkan utk menerima sesuatu yang belum pasti…

takut kecewa…bimbang akan tersilap langkah…

walau hati mengakuinya…perasaan sering berdolak dalik…

seolah2 ingin menyimpan…berhati2 kah itu…

sekali dilukai…memang begini…

patut perasaan seperti ini datang…

demi menjaga hati supaya tidak terluka lagi…

demi menjaga hati supaya tidak disiksa lagi…

demi menjaga hati supaya tidak dikecewakan lagi…

namun aku pasrah dengan perasaan ini….

biar tuhan tentukan takdir ku…

aku redha ,pasrah , dan ikhlas menerima semua jua kemungkinan…

Tuhan bersama hambaNya yang sentiasa redha…

InsyaAllah…Amin

Advertisements


mengapa….
Julai 28, 2010, 8:55 am
Filed under: Uncategorized

mengapakah…

mengapa ia harus terjadi…

disaat genting begini…

risau…hatiku risau…

rasa ini menyelubungi segenap perasaan ku…

hanya padamu aku mengadu…

mengapakah….

aku bersedih….

mengenang sesuatu yang telah terjadi…

aku gelisah…

berapa lama lagi kah penantian ini akan berakhir….

moga ia positif…

moga ia sesuatu yang ku harap kan…

aku berdoa…dan atk henti berdoa..

moga Kau permudahkan segalanya utk ku…Amin



sesuatu yang baru….
Jun 20, 2010, 6:33 am
Filed under: Uncategorized

Bermula sesuatu yang baru….
tahun ini aku mulakan sesuatu yang baru…
dalam hidup ku…
aku cuba lakukan sebaik dan sedaya kemampuan ku…
Alhamdulillah kini semua dah terlaksana…
syukur pada nikmat Tuhan…
setelah kepahitan kulalui….
Tuhan memberi ku peluang kedua untuk bangkit dari sengsara…
aku bahagia kini…
walau pun tak sepenuhnya impian ku tercapai…
aku masih menanti saat aku benar2 akan bahagia dan tenang…
ku mohon keredhaan Allah SWT
berikan aku sedikit lagi kekuatan…
aku akan terus bangkit…dan tanpa menyerah…
InsyaAllah…



Lama tak jumpa….
Julai 12, 2009, 6:17 am
Filed under: Uncategorized

hai…salam semua….

lama tak jumpa…dah lama tak ku coretkan sesuatu disini…rindu rasanya….memang aku sedikit buzy dgn kerja harian…perkara2 baru yg perlu ku uruskan…tak cukup dengan itu…permata hatiku yang tidak berapa sihat membuatkan aku tidak punya byk masa untuk kuhabiskan di meja internet ini….

Dah lama hasrat hati ingin mencoretkan sesuatu disini…kongsikan sesuatu disini…baru2 ni aku sibuk menghantar adik2ku pergi sambung belajar di puasat pengajian tinggi…seronok tgk pelajar2 baru ingin melngkah kemenara gading, menimba pengalaman baru….teringat zakman aku belajar dulu2….best…teringin mengimbau kembali kezaman itu….zaman remaja yang sukar untuk dilupakan….

cukuplah buat seketika…aku sambung lagi nanti ya….



Bencinta….
April 13, 2009, 1:04 pm
Filed under: Uncategorized | Label:

Kali pertama aku dengar bencinta… Aku terpaut pada kata2 dan melodinya yang begitu tegas…nada sinis yang mampu merobek jiwa…Kata2 yang jelas menunjukkan betapa hati hancur berkecai…ingin menyampaikan rasa hati yang kecewa dengan lantang tanpa berselindung…sinis tapi ikhlas…aku terfikir jika seseorang sampai mengeluarkan kata2 seperti itu, pasti dia sangat ingin mengeluarkan seluruh perasaan yang selama ini tak dapat dikeluarkan olehnya…semua perasaan yang bercampur…benci…cinta…yang terlalu hingga hampir memakan seluruh jiwa raganya…TAPI…bagi aku…aku akan simpan sedikit untuk diriku…supaya aku tak tenggelam oleh semua perasaan itu…Biar rasa yang agung dan sejati hanya pada Mu Tuhanku…Aku mohon…



Aku pasrah
April 11, 2009, 5:38 am
Filed under: Uncategorized | Label:

Kehidupan bagaikan roda… Kadang kadang kita diatas..kadang kadang kita di bawah…Sulit untuk kita mengerti apa yang telah berlaku atau bakal berlaku dalam hidup kita…Aku pasrah…aku redha dengan segala ketentuan Ilahi…Aku semakin tenang dan kuat melalui liku hidup bersama mereka yang kusayangi…



mereka dan diriku…
Mac 25, 2009, 7:16 am
Filed under: Uncategorized

mereka penghibur hatiku…
mereka menceriakan hariku…
mereka pengubat rinduku…
mereka penguat diriku…
mereka penyebab hidupku…
mereka pelengkap hidupku…
aku gembira dengan kehadiran mereka…
aku bersyukur dikurniakan…
permata hati seperti kalian…
terima kasih kerna masih setia bersamaku…
terima kasih kerna selalu menemaniku…
aku bahagia…